Syor Buka Semula Masjid Di Sabah Ikut SOP Ketat

masjid-kota-belud.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sudah tiba masanya masjid di Sabah dibuka semula mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Seperti contoh, mengambil wuduk dari rumah, membawa sejadah sendiri, memakai pelitup muka dan hanya membenarkan mereka yang berumur 12 hingga 60 tahun sahaja untuk menghadiri solat berjemaah di masjid.

Demikian saranan Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kota Kinabalu, Datuk Dr Hj Mohamed Hatta Mohamed Tarmizi selepas kerajaan mengumumkan tiga jenis perniagaan iaitu pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta dibenarkan beroperasi mulai Jumaat.

Beliau mencadangkan hanya solat fardu lima waktu dan mengehadkan 30 orang jemaah sahaja yang dibenarkan dalam satu masa sehinggalah kes harian di Sabah dapat dikekalkan di paras yang tidak membimbangkan.

“Setiap masjid disarankan melakukan Solat Sunat Hajat serta membaca doa Qunut Nazilah bagi memohon pertolongan Allah SWT agar wabak COVID-19 semakin berkurangan khususnya di negeri Sabah dan di Malaysia umumnya,” katanya.

Kelmarin, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi pasar malam dibenarkan bermula jam 4 petang hingga 10 malam dengan mematuhi SOP ketat iaitu jarak gerai satu meter antara satu sama lain, hanya satu jalan masuk dibenarkan dan kawalan ketat pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Untuk kedai gunting rambut, dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam dan hanya khidmat gunting rambut dibenarkan.

Operasi perniagaan pusat cuci kereta juga dibenarkan sehingga jam 10 malam. – Ismaweb

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top