Syed Saddiq Pertikai PAS Guna Akaun Parti Untuk Terima Dana Bantu Palestin

syed-saddiq.jpg
Kongsi Bersama

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan tindakan Pas yang menggunakan akaun bank parti berkenaan untuk menerima dana dan sumbangan kemanusiaan buat rakyat Palestin.

Merasakan parti politik tidak perlu menjadi orang tengah, Syed Saddiq menggesa orang ramai ingin menyalurkan bantuan kewangan boleh berbuat demikian melalui pertubuhan-pertubuhan sedia ada yang mendapat pengiktirafan.

“Kenapa nak salur bantuan dan sumbangan melalui akaun parti politik? Saya seru orang ramai untuk sumbang terus ke pertubuhan yang diiktiraf.

“Perlu ada ketelusan dalam mengisytiharkan dana yang dikutip dan disalurkan ke Palestin. Parti politik tak perlu jadi orang tengah,” ciapnya di laman Twitter miliknya pada Sabtu.

Sejak Jumaat, Pas di peringkat negeri termasuk Kedah dan Selangor dilaporkan melancarkan kutipan derma untuk membantu kesengsaraan umat Islam di Palestin yang kini berdepan dengan serangan rejim Zionis Israel.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad dalam kenyataan di laman Facebooknya mempersoalkan tindakan pihak yang cuba mempolitikkan isu kutipan derma parti berkenaan.

“Kita bantu Palestin pun hendak berpolitik juga. Apa jenis manusia. Zionis dia bukan kira awak parti apa. Faham tak,” katanya tanpa merujuk kepada mana mana pihak namun dipercayai menyindir pihak yang meragui ketelusan usaha Pas. – SINAR HARIAN


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top