Sydney Engelbert guru kebanggaan Sabah

sydney.jpg

Sydney bersama anugerah yang dimenangi. (Kredit foto: FB Cambridge University Press & Assessment)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Guru Bahasa Inggeris di Kolej Vokasional Keningau, Estelle Sydney Engelbert dinobatkan sebagai pemenang anugerah berprestij Cambridge Dedicated Teacher Awards bagi tahun 2024.

Guru berusia 30 tahun itu dipilih daripada 14,800 penacalonan dari lebih 140 negara. Beliau merupakan rakyat Malaysia kedua memenangi anugerah itu selepas Khalifa Affnan pada 2022.

Sydney yang sebelum ini diisytiharkan sebagai pemenang bagi wilayah Asia Tenggara dan Pasifik mengaku terkejut dan terharu dengan kemenangannya.

“Saya tidak pernah terfikir untuk dipilih sebagai pemenang serantau kerana pencalonan lain semuanya mengagumkan dan saya benar-benar berbesar hati untuk dicalonkan di kalangan mereka. Namun, sokongan padu yang saya dapat daripada keluarga, rakan, rakan sekerja dan pelajar saya menyedarkan saya bahawa saya tidak bersendirian dalam perjalanan yang mencabar ini,” katanya.

Dilahirkan dan dibesarkan di Tambunan, Sydney berkata bahawa ibu bapanya adalah guru yang memberi inspirasi kepadanya untuk mendalami bidang pendidikan.

Berkelulusan ijazah sarjana muda dalam pengajaran Bahasa Inggeris mula mengajar pada 2019, dan dia belajar menangani penguasaan terhad pelajarnya melalui pelbagai aktiviti seni bahasa.

Pada tahun 2022, beliau merintis bersama program kelas pertukaran dalam talian dengan beberapa sekolah vokasional di Asia Tenggara, di mana setiap kitaran berjalan selama tiga bulan.

Dalam tempoh dua tahun, program ini secara langsung memberi manfaat kepada hampir 400 pelajar dan 50 guru dari semua sekolah yang mengambil bahagian, di samping itu Sydney juga memainkan peranan aktif dalam pelbagai program pengantarabangsaan lain.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top