Syarikat konsesi sukar baiki Jalan Kilang di Lahad Datu kerana bantahan pihak ketiga

Jln-Lahad-Datu.jpg

Keadaan jalan rosak berlubang di kawasan berkenaan yang tular di media sosial kelmarin.

Kongsi Bersama

LAHAD DATU – Syarikat konsesi Globinaco Sdn Bhd yang terlibat dengan kerja penyelenggaraan jalan raya negeri menghadapi kesukaran untuk membaiki Jalan Kilang di sini yang rosak teruk, berikutan terdapat bantahan daripada pihak ketiga.

Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Sabah dalam kenyataan berkata, pihak ketiga itu mendakwa bahawa status tanah itu adalah milik persendirian dan bukannya rizab jalan.

“Lokasi jalan sudah disenaraikan untuk pembaikan pada tahun ini dan peruntukan juga diluluskan, tetapi kerja-kerja pembaikan tidak dapat dilakukan kerana bantahan pihak ketiga yang mendakwa status tanah itu sebagai tanah persendirian dan bukannya rizab jalan,” menurut kenyataan itu.

Keadaan jalan itu kini didapati semakin teruk dengan kemunculan beberapa lubang besar di kiri dan kanan jalan sehingga menyukarkan kenderaan kecil menggunakan laluan berkenaan.

JKR Sabah berkata, perkara itu telah dirujuk kepada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) dan pihaknya sedang sedang menunggu pengesahan daripada JTU.

Kelmarin tular satu video di media sosial memaparkan keadaan jalan rosak berlubang di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet. – Bernama

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top