Syarat Pekerja, Pelanggan Restoran, Pasar Raya Lengkap Dua Dos Mula Dikuatkuasa 21 Sept

masidi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Orang ramai diingatkan sekali lagi bahawa semua pekerja dan pelanggan bagi semua sektor perdagangan dan pengedaran, restoran serta pasaraya hendaklah telah lengkap divaksinasi (telah menerima dua dos vaksin).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peraturan ini pada mulanya diumumkan untuk mula dikuatkuasakan selepas 15 September 2021.

“Walau bagaimanapun, oleh kerana tahap vaksinasi seluruh negeri Sabah sehingga ke hari ini baru mencapai 52% populasi dewasa, maka tarikh kuatkuasa ini dianjakkan ke 21 September 2021, yakni tarikh sasaran Sabah mencapai tahap vaksinasi 60%.

“Adalah juga dimaklumi bahawa terdapat kelambatan para pekerja di sektor perdagangan dan pengedaran, restoran serta pasaraya untuk menerima dos kedua, khususnya jenis vaksin AstraZeneca. Oleh yang demikian, para majikan boleh memohon pengecualian sementara,” kata Jurucakap Covid-19 Sabah itu dalam kenyataan media pada Ahad.

Katanya, permohonan untuk pengecualian sementara itu hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dengan menyenaraikan nama kakitangan mereka yang terlibat, tarikh pengambilan dos pertama dan jadual tarikh pengambilan dos kedua.

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top