Syaiful dan Sharif Zero dinobat juara FD3

syaiful-n-sharif-zero.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pasangan adik-beradik kelahiran Kudat, Syaiful dan Sharif Zero menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara program Famili Duo musim ketiga (FD3) yang melabuhkan tirainya malam tadi.

Dengan kemenangan itu pasangan tersebut membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Syaiful dan Sharif mengumpulkan markah ;Perfect 10′ sebanyak dua kali dari juri melalui persembahan lagu Kong Kali Kong dalam segmen pertama serta medley lagu Lemak Manis, Umpan Jinak Di Air dan Joget Angan Tak Sudah sekali gus mengumpul markah ‘.

“Tangisan ini adalah tangisan kepuasan selepas setiap minggu kami memberikan yang terbaik dalam persembahan. Kalau diberikan peluang, kami ingin teruskan menghiburkan anda,” kata Sharif.

Syaiful dan Sharif yang sebelum ini tiga kali mencatat kemenangan sebagai juara mingguan turut diiringi adik mereka, Atu serta tiga rakan pelawak lain iaitu Danial Zaini, Fad dan Namie dalam segmen kedua.

Selain Syaiful dan Sharif, pentas akhir FD3 turut menyaksikan persembahan dua finalis lain iaitu pasangan sepupu Haqiem Rusli dan Ariff Bahran serta pasangan adik-beradik Adira dan Emma Suhaimi.

Penonton turut dihiburkan dengan persembahan pasangan suami isteri, Syamel dan Ernie Zakri menerusi lagu berjudul Lagu Rindu dan Selangit.

Program FD3 disiarkan secara langsung di TV3 diacarakan pasangan pengacara, Izzue Islam dan Janna Nick serta menampilkan Ajai dan Mas Idayu sebagai juri.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top