Mungkin tidak ramai rakyat sedar banyak rekod yang dicatatkan oleh kerajaan Warisan PH Plus selama 26 bulan memerintah Sabah.
Yang paling ketara rekod pertumbuhan KDNK negeri ini.
Tahun lepas dalam statistik pertumbuhan ekonomi negeri-negeri Malaysia untuk tahun 2018 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia terpampang pertumbuhan KDNK Sabah cuma 1.5%. Ia merupakan satu rekod – terendah dalam tempoh 10 tahun. Dan ia juga adalah yang terendah antara semua negeri.
Untuk tahun 2019 lagi hebat, angka itu menurun lagi kepada 0.5%.
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran di akaun FBnya antara lain mencatatkan:
“Dalam tempoh 8 tahun sebelum kerajaan Sabah bertukar tangan pada PRU14, kadar pertumbuhan ekonomi Sabah adalah lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan negara.
Misalnya pada tahun 2017, kadar Sabah adalah 8.2% iaitu paling tinggi antara semua negeri dan lebih tinggi berbanding kadar 5.9% bagi seluruh Malaysia.
Pada tahun 2016, Sabah mencatatkan pertumbuhan 4.7% berbanding kadar 4.2% untuk Malaysia.
Secara am, ekonomi Sabah telah berkembang pada kadar lebih pesat berbanding purata untuk negeri-negeri lain sebelum parti Warisan mengambil alih.”
Jadi tahniah kita ucapkan kepada kerajaan Warisan PH Plus atas rekod yang ‘cemerlang’ ini!