KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin mengesahkan beliau berkeadaan sihat dan masih berada di Kuala Lumpur selepas menghadiri prosiding mahkamah pada Jumaat lepas.
Perkaea itu dinyatakannya dalam hantaran yang dimuat naik sendiri di laman Facebook milik beliau.
” Kepada semua raka-nrakan dan juga musuh-musih politik, jangan bimbang saya kekal di posisi yang tenang dan masih sihat dalam perlindungan Allah,” katanya dalam hantaran ringkas itu.
Menurut Pengerusi Barisan Nasional Sabah itu beliau akan bersama rakyat dan penyokong-penyokong BN di Kota Belud pada 10 September 2022 untuk melancarkan program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Pilihanr Raya Kota Belud dan Tuaran.
Sementara itu Setiausaha Akhbarnya Jaafar Abdul Wahid ketika dihubungi berkata sejak petang tadi beliau tidak henti-henti menerima panggilan dan WhatsApp dari kalangan beberapa pemipin dan rakan-rakan Bung bertanyakan khabar ekoran tularnya sekeping gambar di media sosial dan aplikasi WhatsApp Bung terbaring di atas katil sambil diziarahi Setiausaha Agung Umno Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin seolah-olah memberi gambaran Ahli Parlimen Kinabatangan dan ADUN Lamag itu sakit dan sedang menerima rawatan.
“Gambar tersebut merupakan gambar lama sekitar tahun 2015/2016 ketika Bung balik dari menjalani rawatan buah pinggang di China. Ia sengaja disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk menjejaskan reputasi beliau dalam kerjaya politiknya,” jelas Jaafar.
Sehubungan itu beliau meminta orang ramai agar tidak mempercayai berita palsu yang ditularkan oleh individu yang tidak bertanggung jawab.