Susu Daripada Ubi Kentang

susu-dug.jpg
Kongsi Bersama

STOCKHOLM: Sebuah syarikat produk tenusu di Sweden buat pertama kali menghasilkan susu yang diperbuat daripada ubi kentang.

Susu ubi kentang yang dihasilkan di bawah jenama Dug itu disifatkan sebagai ‘alternatif sempurna’ untuk penggemar susu yang bebas laktosa, gluten dan kekacang.

Susu tersebut juga mempunyai kadar gula dan lemak tepu yang rendah, selain tinggi dengan kalsium, vitamin D, B12 dan asid folik.

Namun, harga susu tersebut sedikit mahal berbanding susu lain iaitu untuk sekotak enam liter berharga 12.50 pound (RM72).

Menurut syarikat Simple Happy Kitchen yang menghasilkan jenama Dug, sebanyak enam peratus bahan untuk membuat susu tersebut adalah dari ubi kentang.

“Kentang tidak seperti badam atau oat yang memerlukan lebih banyak air serta kawasan tanah, sekali gus menjadikannya mudah ditanam.

“Susu ubi kentang juga bebas laktosa yang boleh menimbulkan alahan,” jelas syarikat itu.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top