Surat Terbuka Pengusaha Restoran Kepada Ketua Menteri Sabah

restoran.jpg
Kongsi Bersama

MOHON KELONGGARAN “DINE IN” DI RESTORAN DAN PREMIS MAKANAN DI SABAH MENGIKUT SOP YANG DITETAPKAN KKM DAN MKN

Salam hormat YAB,

1.Perkara diatas dengan penuh hormat dirujuk.

2. Sebagai pengusaha restoran di Kota Kinabalu kami merayu kepada kerajaan negeri Sabah untuk pertimbangankan permohonan kami supaya dapat diberi kelonggaran terhadap peraturan yang melarang ‘dine in’ dalam restoran dan premis makanan.

3. Rayuan ini disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi MKN Sabah kerana kami telah mengalami kerugian yang teruk akibat larangan tersebut. Ramai pengusaha seperti kami tidak lagi mampu untuk membayar gaji pekerja dan membayar sewa dan hutang-hutang lain. Ada yang telahpun menghentikan operasi dan menutup perniagaan.

4. Kami amat memahami dilema yang dihadapi pihak kerajaan negeri buat masa ini. Kami sesungguhnya menyokong usaha kerajaan mengawal pandemik Covid 19. Apa yang kami harapkan supaya YAB beri pertimbangan terhadap kesan ekonomi jika pengusaha seperti terpaksa menutup perniagaan.

5. Seperti YAB maklum, Selangor dan Wilayah Persekutuan juga dikenakan peraturan PKPB seperti Sabah tetapi restoran dan premis makanan di Selangor dan WP boleh beroperasi dari 6am hingga 10pm dan peraturan kerajaan negeri membenarkan ‘dine in’ mengikut SOP yang ditetap KKM iaitu satu meja 2 pelanggan sahaja dan mengamalkan penjarakan fizikal.

6. Kami mengharap peraturan yang sama seperti di Selangor dan WP boleh digunapakai di Sabah di samping cadangan membenarkan pelanggan makan di kawasan terbuka, kaki lima atau ‘open space’. Negeri Sabah perlu buktikan kuasa ‘autonomi’ masih berfungsi baik dalam menentukan polisi terbaik kepada rakyat dan negeri Sabah.

7. Sekian Terima kasih.

 

Saya Yang Benar

MUSLI BIN HJ OLI
Restoran Pak Mus
Tanjung Aru Plaza
Kota Kinabalu.

Salinan kepada:
YB Datuk Dt Masidi Manjun
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top