Surat Tawaran Kepada KJ Palsu – PKR

surat-tawar-KJ.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: PKR menafikan mengenai satu surat yang tular mengenai tawaran menyertai parti dan jawatan Timbalan Presiden PKR kepada Khairy Jamaluddin, lapor HMetro.

Menurut laporan itu Unit Komunikasi Media Keadilan menjelaskan, surat yang menggunakan nama Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu adalah palsu semata-mata.

Difahamkan, surat itu tular di media sosial susulan daripada status Khairy yang masih tidak mempunyai parti politik.

Persoalan mengenai sama ada Khairy memilih untuk bersama Kerajaan Perpaduan timbul berikutan beliau hadir dalam perbincangan mengenai hala tuju ekonomi negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lepas.

Hari ini, bekas Ketua Pemuda Umno itu menyiarkan gambarnya bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tanpa disertakan sebarang keterangan.

Sebelum ini media melaporkan, Khairy akan mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan PN, dipercayai bagi membincangkan mengenai penyertaannya dalam gabungan itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top