Surat SUA Gesa Sidang Khas Parlimen: Ramai MP UMNO Tak Sokong

mad-maslan.jpg
Kongsi Bersama

Sebahagian besar ahli parlimen Umno menolak cadangan yang diutarakan setiausaha agung parti itu, Datuk Seri Ahmad Maslan, agar mereka menyokong gesaan supaya Yang di-Pertuan Agong mengarahkan sidang khas parlimen diadakan.

Menurut sumber yang juga pemimpin atasan Umno, tidak ramai ahli parlimen yang memberikan sokongan agar sidang khas itu dilangsungkan.

“Mereka tidak menyokong kerana khuatir langkah itu akan memberi imej tidak baik pada Umno,” katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan tindakan mengutus surat kepada Agong bukanlah penderhakaan seperti didakwa beberapa pihak termasuk bekas setiausaha agung BN, Tan Sri Annuar Musa.

Bekas menteri undang-undang Datuk Seri Nazri Abdul Aziz juga dilaporkan berkata Umno tidak boleh dianggap menderhaka apabila memohon perkenan Agong mengarahkan sidang khas parlimen diadakan.

Malah kata Nazri surat yang diutus Ahmad itu bukan bersifat peribadi sebaliknya dikeluarkan hasil keputusan di peringkat parti.

Sementara itu seorang lagi sumber yang juga pemimpin atasan Umno turut mengesahkan bahawa majoriti menolak surat berkenaan.

Sementara itu, Tajuddin memberitahu Malaysiakini, ada beberapa sebab mengapa ahli parlimen Umno tidak menyokong surat dikeluarkan parti itu.

“Ramai yang tak setuju… ada sesetengah mereka tak faham, ada setengahnya pula atas kepentingan politik,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top