Surat: Kami Pun Sabahan Juga, So What?

dewan-rakyat.jpg
Kongsi Bersama

Marah betul PKR dan DAP terhadap ahli-ahli Parlimen Warisan yang tidak hadir ke sesi undian perbahasan Belanjawan semalam.

Ada yang kata semua MP Warisan itu patut minta maaf kepada rakyat Sabah.

Bekas Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, berkata Warisan bergabung dengan PH demi menambah baik Sabah dan harus bertindak sewajarnya untuk memperjuangkan kepentingan rakyat negeri ini.

Katanya, “Orang Sabah memilih anda untuk mewakili mereka di Parlimen. Anda tidak terpilih hanya untuk melampiaskan dendam peribadi terhadap pemimpin tunggal atau PH. Anda harus membuat pendirian menentang apa sahaja dalam Rang Undang-undang Perbekalan 2021 yang dianggap merugikan Sabah.”

Ayat “…menentang apa sahaja dalam Rang Undang-undang Perbekalan 2021 yang dianggap merugikan Sabah,” tu cukup menarik.

Bagaimana kalau ahli-ahli parlimen Warisan menganggap tiada apa-apa dalam rang undang-undang itu yang merugikan Sabah?

Bagaimana kalau atas sebab yang sama mereka hadir dan menyokong?

Sudah tentu kena marah juga sebab bagi geng PH dalam dunia ini semua benda tak betul, yang betul cuma mereka sahaja.

Walau apa pun sekalung tahniah kepada Warisan.Kalaupun tindakan anda semua itu tidak menggembirakan rakyat Sabah yang menyokong PH, ia menggembirakan kami yang tak menyokong PH.

Kami pun rakyat Sabah juga. So what?

 

 

Peminat Bukayo,

Semporna.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top