Sumbangan Tangki Air Untuk Mangsa Banjir Kg. Sugud

tangki-air-kg-sugud.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sejumlah 60 tangki berkapasiti 400 gelen air akan disumbangkan kepada keluarga yang menjadi mangsa bencana banjir di Kampung Sugud.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Loh Ee Eng berharap sumbangan ini dapat membantu keluarga yang terjejas akibat bencana banjir untuk menyimpan bekalan air bersih.

“Saya berterima kasih atas rakan-rakan dari Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Taiwan atas sumbangan untuk mendapatkan tangki berkenaan.

“Terima kasih kerana mendengar rayuan saya, rayuan ini dilakukan khusus kepada penduduk Kg. Sugud yang terjejas akibat bencana banjir,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau tidak menafikan ramai dalam kalangan lebih 900 keluarga yang menjadi mangsa dalam bencana alam itu turut mengalami kerugian dari segi hartanah dan kewangan.

Katanya, majlis penyerahan tangki itu akan disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ceasar Mandela Malakun.

“Saya juga merayu kepada mana-mana individu yang bermurah hati dan sudi menyalurkan bantuan untuk terus berhubung dengan saya dalam talian 019 8504368.

“Ataupun anda boleh terus menyampaikan bantuan ke akaun Alliance Bank: 101230010088073 atas nama Bantuan Bencana Alam Penampang 2021 KDCA Youth Council,” katanya.

Antara mereka yang bermurah hati memberikan sumbangan kali ini adalah seorang individu dari Sarawak (20 tangki), Datuk Seri Alex Siaw Swee Hin (20 tangki) , Kueen Lai Properties Sdn Bhd (10 tangki), Francis Chung (4 tangki), Datin Soh Kee Suat (4 tangki) dan Bowang PVC Products Sdn Bhd yang bertanggungjawab atas kos pengangkutan. – Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top