Sumbangan RM176,000 Kepada Keluarga Terjejas Akibat Kebakaran Di Kg Landung Ayang

bantuan-mangsa-kebakaran-kudat.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor adalah antara pemimpin awal yang menghubungi Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjung Kapor, Norlizah Gurahman bagi  bertanya keadaan mangsa kebakaran di Kampung Landung Ayang, Kudat.

Menurut Norlizah, Hajiji kemudian memberitahunya akan membantu mangsa-mangsa kebakaran itu.

“Hari ini penduduk Kampung Landung Ayang, Kudat menerima sumbangan daripada Majlis Ugama Islam Sabah (Tabung Zakat) berjumlah RM176,000.00 untuk 176 orang ketua isi rumah yang terjejas akibat kebakaran itu,” katanya.

Tambahnya, sumbangan itu merupakan antara bantuan terawal dan ia jelas menyerlahkan keprihatinan kerajaan negeri.

Norlizah turut merakamkan terima kasih kepada Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Arifin Arif dan juga semua pemimpin, NGO serta orang perseorangan yang tampil menghulurkan bantuan.

“Semoga usaha-usaha murni kita sentiasa menjadi inspirasi dan diberkati Allah,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top