Sumbangan PAS Sandakan Pancarkan Kegembiraan Di Wajah Asnaf

sumbangan-pas-sandakan.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Aizal Samsaruddin

SANDAKAN: Senyuman terukir di wajah, itulah gambaran kegembiraan asnaf yang telah menerima manfaat daripada sumbangan PAS Sandakan berbentuk pek barangan dapur yang diedarkan di sekitar daerah ini semalam.

Sumbangan pek barangan dapur itu telah diedarkan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan, hasil sumbangan orang ramai yang turut prihatin dengan nasib sebilangan rakyat yang susah dan kehilangan sumber pendapatan.

Salah seorang penerima, Murni Kasim, 40 mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAS Sandakan yang prihatin dengan nasib mereka khususnya ketika menghadapi ujian pandemik covid-19 sekarang ini.

Di samping itu, Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid berkata, partinya akan sentiasa komited membantu mereka yang memerlukan dengan kemampuan yang mereka miliki.

Tambahnya, ukiran senyuman yang terpampang di wajah para penerima sudah cukup memberikan rasa puas hati petugas parti itu kerana dapat membantu meringankan beban para asnaf tersebut.

Turut hadir dalam program kali ini ialah Ketua Penerangan PAS Sandakan, Mustaman Mustain serta beberapa orang ahli jawatankuasa Lajnah Kebajikan PAS Sandakan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top