Sulaiman Letak Jawatan, Melaka Bakal Dapat Ketua Menteri Baharu

sulaiman-n-rauf.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Sulaiman Md Ali akhirnya menamatkan desas-desus mengenai kedudukannya sebagai Ketua Menteri Melaka apabila meletak jawatan itu semalam.

Perkara itu disahkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Menurut Ahmad Zahid Sulaiman menyerahkan surat itu ketika pertemuan dengannya di Parlimen, semalam.

“Saya mengesahkan bahawa saya sudah menerima surat peletakan jawatan daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Saya akan menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam untuk mengemukakan nama yang sesuai untuk dilantik sebagai Ketua Menteri yang baharu.

“Saya harap Yang Dipertua Negeri menerima dan mempertimbangkan nama-nama yang saya kemukakan (Ketua Menteri baharu) dan tarikh majlis angkat sumpah akan diputuskan oleh Yang Dipertua Negeri,” katanya pada sidang media selepas satu program di Bentong, Pahang hari ini.

Sumber sebelum ini mendedahkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu Jumaat ini.

Media hari ini melaporkan Ab Rauf yang juga Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan negeri bagaimanapun meminta semua pihak untuk menunggu pengumuman rasmi berhubung desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka, Jumaat ini.

Saya tidak boleh memberikan apa juga komen tentang spekulasi ini,” katanya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top