KOTA KINABALU: Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dilantik semula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa 1 Julai.
Bekas Pegawai Daerah, Datuk Stephen Laison Sondoh dilantik selaku Timbalan Pengerusi, menggantikan Datuk Cladius Roman.
Daripada tujuh orang Ahli SPANS yang dilantik, dua merupakan muka baharu iaitu Datuk Patrick Tan Su Teck dan Puan Luvita Koisun.
Lima lagi Ahli SPANS yang dilantik semula termasuk Datuk Idrus Shafie, Datuk Janet Chee Ken Liam, Awang Jami @ Awang Shamsi, Ariffin Gadait dan Iman Ali.
Mereka menerima watikah pelantikan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini semalam.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Zainudin Aman dan Setiausaha SPANS, Diana Daria Amit. – SNT