Sukan, Wadah Perpaduan Yang Perlu Dimartabatkan – Jamawi

IMG-20220411-WA0000.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KEMABONG:  Sukan perlu dimartabatkan oleh semua pihak kerana ia mampu berperanan sebagai ejen perpaduan selaras dengan konsep “Keluarga Malaysia” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menegaskan mengenai perkara itu, Pengerusi JJ Foottball Club Jamawi Jaafar  berkata, “Sukan bukan  sekadar aktiviti riadah,  tetapi ia juga merupakan wadah yang boleh mengakrabkan hubungan sesama anggota masyarakat.”

Pada masa yang sama, katanya, aktiviti sukan dan memecahkan tembok perkauman serta fahaman politik.
“ Apabila bersukan atau beriadah, tiada siapa pun yang akan memikirkan mengenai politik atau warna kulit, sebaliknya mereka hanya memikirkan cara terbaik untuk bermain dalam satu kumpulan,” katanya ketika berucap merasmikan kejohanan Bola Sepak Piala JJ di padang Skim Kuala Tomani Kemabong baru-baru ini.
Mengenai kejohanan tersebut Jamawi berkata, program sukan seperti itu perlu diteruskan kerana ia merupakan kunci utama untuk memenangi hati masyarakat, di mana kegiatan sukan juga merupakan platform penting dalam menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti  kemasyarakatan.
Tambah beliau lagi, generasi muda dan belia perlu berusaha mengelak diri daripada terlibat dengan sebarang gejala tidak sihat kerana tiada sebarang kebaikan yang bakal mereka peroleh daripada kegiatan seumpama itu, sebaliknya ia hanya merosakkan masa depan  dan memusnahkan harapan bangsa dan negara.
Sambil melahirkan harapan agar kejohanan tersebut dapat mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola Sepak Jamawi berkata bakat yang ada perlu digilap dan ditonjolkan ke peringkat yang lebih jauh bukan sahaja bermain di peringkat kampung  malah  diketengahkan hingga ke peringkat   daerah, negeri dan kebangsaan.
“Kita berharap melalui kejohanan ini kita dapat melihat dan menilai bakat-bakat pemain muda untuk di bimbing dan diketengahkan ke peringkat yang lebih jauh,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top