Sukan Jadi Ejen Perpaduan Keluarga Malaysia – Dr Aliakbar

IMG-20211115-WA0001.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sukan boleh menjadi agenda penting untuk mencapai hasrat pembentukan Keluarga Malaysia.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Dr. Aliakbar Gulasan, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah semasa merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Sabah 2021 Piala Dr. Aliakbar.

“Sukan sangat rapat dengan anak muda dan boleh mengeratkan sekali gus memperkukuh hubungan silaturahim.

‘Selain itu sukan juga merupakan satu aktiviti yang merakyat pada semua peringkat sama ada di bandar mahupun luar bandar.

“Sukan mampu menjadi ejen dan wadah perpaduan dalam membentuk Keluarga Malaysia yang harmoni dan sejahtera,” jelasnya.

Tambahnya, kerajaan perlu menyediakan kemudahan dan menganjurkan pertandingan secara konsisten pada semua peringkat dan mengambil pendekatan supaya merakyatkan sukan.

Kejohanan Sepak Takraw Piala Dr. Aliakbar anjuran PAS Kawasan Kota Belud memperoleh sambutan dan penyertaan yang sangat menggalakkan daripada anak muda.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top