Suhaimi sokong cadangan mansuhkan dulu skim pencen wakil rakyat

datuk-suhaimi-nasir.jpg

Datuk Suhaimi Nasir

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Haji Nasir menyokong cadangan pemansuhan skim pencen bagi penjawat awam dimulakan dengan wakil rakyat.

Suhaimi menjelaskan cadangan Pemuda UMNO berhubung perkara itu amat disambut baik oleh pelbagai pihak termasuk dia sendiri.

“Adalah tidak adil kepada penjawat awam yang secara purata berkhidmat lebih 30 tahun sebelum layak menerima faedah saraan, sedangkan wakil rakyat hanya berkhidmat dalam tempoh 5 tahun telah layak menerima pencen,” katanya.

Beliau berkata kerajaan perlu kaji semula pemberian pencen kepada wakil rakyat sekiranya tekanan kewangan yang sedang ditanggung oleh kerajaan ketika ini.

“Kita memahami tekanan kewangan ditanggung kerajaan. Sekiranya kerajaan tetap ingin menamatkan skim pencen ini, ia hendak terpakai kepada lantikan politik yang layak menerima skim berkenaan.

“Keputusan kerajaan itu dilihat seperti berat sebelah. Oleh itu, kita mendesak kerajaan agar membuat kajian semula berhubung perkara ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran turut menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung keputusan kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini, tidak lagi menerima pencen tetapi menerus sistem persaraan baharu.

“Saya amat bersetuju agar penjawat awam baharu berstatus tetap akan datang mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan kerajaan akan memberi sumbangan kepada pencarum seperti yang dilakukan dalam sistem sektor swasta.

Kerajaan akan menanggung kos mencecah RM120 billion menjelang 2040 hanya untuk membayar pencen penjawat awam dengan sistem persaraan sedia ada.

Suhaimi menjelaskan langkah ini akan dapat mengurangkan kos yang ditanggung kerajaan bagi pembayaran sistem persaraan baharu kepada penjawat awam yang sewajarnya turut membabitkan wakil rakyat. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top