Sudah Tiba Masanya Untuk ‘Reset’ Negara – Nazir Razak

nazir.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Orang Melayu dan bukan Melayu semakin berpecah sejak beberapa tahun lalu, kata bekas Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak, yang mengimbau kembali bagaimana negara berubah sepanjang sejarahnya.

Bukan hanya orang bukan Melayu yang mula menyedari bahawa Malaysia pada masa ini tidak sama dengan negara ketika mereka membesar, katanya dalam temu bual dengan FMT.

“Saya rasa orang Melayu juga sedar bahawa rakyat Malaysia hidup bersama namun semakin menjauh antara satu sama lain selama bertahun-tahun.

“Saya rasa ini didorong oleh dasar, sistem pendidikan dan pengaruh agama yang semakin kuat dalam kalangan ramai orang di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, apabila orang berkata mereka tidak lagi mengenali apa yang telah terjadi dengan negara, ia “menyedihkan”.

“Saya ingat lagi ketika saya di Sekolah Rendah St John, ketika itu kita sangat berbilang kaum, tetapi baru-baru ini, saya pergi dan lihat padang, ia telah jadi sekolah kebangsaan – kira-kira 96% orang Melayu dan 4% orang India, itu sahaja.

“Saya rasa sedih apabila melihatnya, sedangkan pada zaman saya, institusi St John sangat mencerminkan populasi negara dari segi komposisi etnik.

Baca seterusnya di FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top