Suami isteri ditahan jual senapang angin, peluru dan rokok tidak bercukai

senapang.jpg

Polis Sabah menumpaskan kegiatan menjual senapang angin, peluru, minuman keras serta rokok tidak bercukai selepas menahan suami isteri dalam dua serbuan di Nabawan, di sini, kelmarin. - Foto PDRM

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Polis Sabah menahan sepasang suami isteri kerana menjual senapang angin dan peluru secara haram serta rokok seludup dan minuman keras tidak bercukai di daerah Nabawan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Senior Asisten Komisioner Azmi Abd Rahim berkata seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan di sebuah kedai runcit di Kampung Sarikan Jalan Tawau – Keningau manakala isterinya berusia 40 tahun ditahan di Kampung Lima Lumintok pada Selasa.

Katanya, serbuan Op Laras dan Op Kontraban itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Menurut beliau, menerusi serbuan yang dijalankan secara serentak itu, polis merampas enam senapang angin dengan pelbagai jenama.

“Turut dirampas ratusan peluru pelbagai jenis dan beberapa peralatan senapang angin,” katanya.

“Kami menganggarkan barang rampasan bernilai kira-kira RM60,000,” katanya lagi.

SAC Azmi berkata polis masih meneruskan siasatan termasuk mengenal pasti sumber utama senapang angin milik suami isteri warga tempatan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top