Struktur rumah setinggan jadi penghalang projek di bawah JPS

jeffrey-n-joachim.jpg

Dr Jeffrey (kanan) bersama Dr Joachim Gunsalam di DUN Sabah semalam. (Kredit foto: Jeffrey G. Kitingan Page)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sebanyak 89 struktur termasuk rumah setinggan yang berada di dalam jajaran projek yang perlu dialihkan atau dirobohkan antara halangan dalam pelaksanaan projek di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan berkata, JPS sudah memohon untuk mendapatkan kelulusan perobohan rumah setinggan yang terlibat di dalam jajaran projek kepada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Negeri Sabah.

“JPS ketika ini sedang melaksanakan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog, Kerja-Kerja Menaik Taraf Sungai Putatan dan Kerja-Kerja Berkaitan (Pakej 3) di bawah peruntukan kerajaan Persekutuan.

“Kemajuan kerja fizikal di tapak ketika ini adalah sebanyak 74.043 peratus (sebenar) berbanding 73.846 peratus (jadual) iaitu melebihi 0.197 peratus bersamaan 12 hari ke hadapan dan dijadualkan siap pada 31 Disember 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Awang Ahmad Sah Sahari (Gagasan Rakyat-Petagas) mengenai langkah kerajaan negeri untuk mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di Kawasan Kampung Tebongon, Ketiau, Sailan, Teguli, dan Ulu Putatan yang sering dilanda banjir pada Sidang DUN di sini pada Khamis.

Menurutnya, JPS di mana kawasan tadahan untuk Kampung Tebongon, Sailan, Teguli, dan Ulu Putatan adalah termasuk dalam tadahan Sungai Putatan.

“Bagi Kampung Ketiau pula, JPS ketika ini sedang melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Ketiau Putatan di bawah peruntukan kerajaan Persekutuan.

“Kemajuan kerja fizikal di tapak ketika ini adalah sebanyak 8.47 peratus (sebenar) berbanding 8.43 peratus (jadual) iaitu melebihi 0.050 peratus bersamaan satu hari ke hadapan dan dijadualkan siap pada 30 Oktober 2024.

“Bagi kawasan ini, sebanyak 78 rumah setinggan berada di dalam jajaran projek berkenaan yang perlu dialihkan dan dirobohkan.

“JPS memohon dengan kerajaan negeri untuk mendapatkan kelulusan pembayaran rumah setinggan menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Negeri Sabah melalui kementerian saya.

“Kementerian ini amat menitikberatkan progres pelaksanaan projek ini dengan memantau dengan rapi kemajuan fizikal dan kewangan projek bagi memastikan manfaat projek ini dalam mengurangkan impak banjir dapat dikecapi oleh rakyat di kawasan yang terlibat,” jelasnya. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top