‘Street Sungkai’ MBS Eratkan Ukhwah

sungkai-1.jpg
Kongsi Bersama

Program ‘Street Sungkai’ anjuran Majlis Belia Sabah (MBS) peluang untuk mengukuhkan jalinan ukhuwah sesama ahli MBS dan juga ahli badan gabungan di negeri ini.

Berkonsepkan buka puasa santai, aktiviti yang pertama seumpamanya ini memberi ruang kepada ahli yang terlibat untuk saling mengenali dan beramah mesra.

Naib Presiden MBS yang juga Pengarah Program Street Sungkai Osman Johari berkata, ahli yang menyertai program berkenaan diberi token untuk membeli juadah di Bazar Ramadan Deasoka.

Osman (depan tengah) bersama ahli MBS dan badan gabungan merakamkan kenangan selepas program itu.

Menurutnya, konsep berkenaan bukan sahaja membantu golongan peniaga di bazar Ramadan, malah dapat menerapkan nilai murni berjimat-cermat di bulan puasa.

“MBS berharap lebih banyak program seumpama ini dilaksanakan dengan lebih ramai penglibatan badan-badan gabungan di bawah MBS.

“Ini juga peluang untuk keluarga besar badan gabungan MBS untuk bertemu dan menjalankan aktiviti bersama.

“Ia selaras dengan ojektif penganjuran Street Sungkai ini untuk mengeratkan silaturahim sesama badan gabungan MBS,” katanya selepas program itu di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung MBS Noorziean Mohd Tairudin berkata, biarpun sebelum ini MBS banyak menganjurkan program berbuka puasa dengan melibatkan badan gabungan, namun ini pertama kali ia diadakan secara santai.

Katanya, ia sekali gus menyokong kempen elak pembaziran pada bulan Ramadan.

“Kita juga mahu bantu peniaga-peniaga di bazar Ramadan dengan menyediakan token kepada peserta supaya mereka boleh berbelanja di bazar.

“Pada masa sama, melalui program seperti ini, kami dapat lebih mengenali ahli-ahli badan gabungan MBS yang lain,” katanya.

Proram Street Sungkai diadakan di Padang Merdeka membabitkan kira-kira 50 peserta.

Para peserta turut mengerjakan solat Maghrib berjemaah selepas selesai berbuka puasa. – Utusan Borneo

 

Foto: FB Majlis Belia Sabah

 

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top