Stesen Janakuasa Hidro Tenom Bukan Penyebab Banjir – SESB

stesen-hidro-tenom.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah Electicity Sdn Bhd (SESB) menafikan pelepasan air sungai melalui Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi merupakan penyebab banjir setiap kali musim tengkujuh seperti yang ditularkan oleh pengguna media sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid berkata ini kerana stesen itu tidak mempunyai sistem takungan air dan elektrik dijana menggunakan aliran air sungai.

“Stesen ini beroperasi menggunakan kaedah mengalihkan aliran air sungai menerusi terowong hingga ke turbin hidro di stesen jana kuasa bagi tujuan pengoperasian stesen dan jumlah air yang dialihkan tersebut adalah sama dengan jumlah air yang dilepaskan semula ke sungai,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Abdul Nasser berkata Diversion Water Gate (DWG) yang menyerupai sebuah empangan dibina di stesen itu adalah struktur pagar bagi mengalihkan laluan air sungai untuk penjanaan tenaga elektrik.

Bagaimanapun apabila paras air sungai meningkat dan aliran sungai berlebihan, SESB akan membuka DWG berkenaan dan melepaskan lebihan air secara semula jadi ke sungai, katanya.

“DWG ini akan dibuka secara berperingkat bagi mengurangkan impak kemungkinan banjir dan SESB juga akan berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi tujuan pemakluman pembukaan DWG,” jelasnya.

Abdul Nasser berkata SESB memberi jaminan untuk terus mengutamakan keselamatan semua pihak dalam pengoperasian stesen jana kuasa itu yang beroperasi sejak 1980-an dan berjaya memanfaatkan sumber tenaga lestari untuk membekalkan elektrik di Sabah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top