STB lancar platform seni kreatif promosi produk Sabah

joniston.jpg

Joniston (tiga kanan) ketika melancarkan GIF.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mengambil inisiatif meningkatkan strategi pemasarannya dengan melancarkan penggunaan seni kreatif digital, batu-baru ini.

STB memperkenalkan Format Pertukaran Grafik (GIF) pada platform kreatif dinamik Giphy bagi mempromosikan pelancongan Sabah dalam pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Jumaat lalu.

Inisiatif baharu itu dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) Datuk Roslan Abdul Rahman dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

Joniston yang juga pengerusi STB berkata, penggunaan GIF ini membolehkan STB dapat berhubung dan berinteraksi secara langsung dengan pengikut mereka.

“Kita adalah lembaga pelancongan pertama di Malaysia yang menerokai platform Giphy untuk mempromosikan produk dan tarikan pelancongan Sabah.

“Beberapa pereka sudah menghasilkan 10 reka bentuk tersendiri yang mewakili pelbagai aspek termasuklah pengembaraan, budaya, pulau, pantai dan alam semula jadi di Sabah,” katanya.

Menurutnya, STB juga mengadakan pertandingan dalam talian untuk menarik pengguna media sosial dengan menawarkan beberapa hadiah produk Sabah.

“Kita akan sentiasa mencari cara yang inventif dan inovatif untuk mempromosikan Sabah, selain mengadakan kerjasama dengan komuniti kreatif tempatan.

“Sabah juga mempunyai ramai orang yang berbakat dan kita mahukan mereka terlibat dalam menyebarkan keunikan negeri ini,” katanya. –Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top