STB Kukuhkan Hubungan KK Dan Xi’an

deligasi-ke-china.jpg

Christina (lima kanan) bersama delegasi STB ketika melawat Dewan Bandaraya Xi'an. (Kredit foto: Christina Liew Page)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dalam rangka lawatan kerja ke China bagi mengukuhkan hubungan kerjasama antara bandaraya Xi’an dan Kota Kinabalu.

Delagasi STB ke Ibu Kota Shaanxi di China Tengah itu diketuai oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Christina berkata, lawatan itu adalah susulan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kota Kinabalu dengan Xi’an yang merupakan Ibu Kota Shaanxi pada tahun 2019 lalu.

Katanya, matlamatnya adalah untuk menyambung semula dan mengukuhkan hubungan antara kedua-dua bandaraya berkenaan.

“Disebabkan berlakunya pandemik COVID-19, semua program yang sudah dirancang antara Dewan Bandaraya Xi’an dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) terpaksa dihentikan.

“Justeru, lawatan ini bertujuan untuk menyambung semula kerjasama tersebut khususnya dalam industri pelancongan dan budaya antara kedua-dua bandaraya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan dengan Nain Datuk Bandar Xi’an, Meng Hao di Dewan Bandaraya Xi’an pada Isnin.

Menurutnya, perbincangan tersebut banyak menyentuh mengenai potensi pameran perdagangan dan pelaburan Xi’an di Sabah di bawah naungan Biro Konvensyen Sabah (SCB) yang baru ditubuhkan.

Katanya, mereka juga telah bersetuju akan melawat Sabah atas jemputan kementerian untuk perbincangan lebih lanjut mengenai peningkatan hubungan dua hala.

“Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa bagi merancakkan lagi aktiviti pelancongan dengan segera.

“Inisiatif penubuhan jawatankuasa ini juga akan memudahkan pertukaran idea, maklumat dan kepakaran dalam usaha memartabatkan industri pelancongan,” katanya.

Delagasi STB turut disertai, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian, Alesia Sion dan Ketua Pegawai Eksekutif STB Noredah Othman. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top