StarSabah tidak mahu terima gabungan parti luar

STAR.jpeg

LAHAD DATU: Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) masih tidak mahu menerima atau bergabung dengan parti dari luar setakat ini.

Naib Presiden StarSabah, Suling Isib berkata bagaimanapun ia tertakluk keputusan Presiden parti bersama Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Katanya, StarSabah akan terus bersama GRS dan memastikan kerajaan negeri hari ini dapat memerintah semula.

“Kita tidak akan menerima sebarang gabungan dari luar, sekiranya ada parti politik yang ingin bergabung, disaran masuk dalam GRS bersama-sama berjuang untuk Sabah.

“Namun sebarang keputusan itu terpulang kepada Presiden dan pemimpin-pemimpin atasan akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Ketua GRS Lahad Datu berkata demikian selepas merasmikan Pertandingan Tertutup Igal-Igal peringkat daerah Tungku, kelmarin.

Suling berkata, jentera Parti StarSabah telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun ini.

“Kita sudah menyediakan jentera yang kuat dan bersiap siaga sekiranya PRN Sabah diadakan pada bila-bila masa,” katanya.

Sementara itu, Suling yang juga Ketua Bahagian StarSabah Tungku juga mengingatkan agar rakyat sentiasa mengekalkan adat budaya dan tarian seni budaya kaum di negeri ini. – Utusan Borneo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top