Starbucks di Tawau jadi mangsa vandalisme

starbuck-tawau.jpg

Keadaan dinding Starbucks di Tawau yang jadi mangsa vandalisme. (Gambar Facebook)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sebuah restoran Starbucks di Tawau, Sabah, menjadi mangsa vandalisme apabila diconteng dua individu pada awal pagi semalam dengan perkataan “free Palestine”.

Rangkaian kedai kopi antara jenama dari Amerika Syarikat yang menjadi sasaran boikot susulan serangan Israel terhadap Gaza.

Ketua Polis Tawau Superintendan Champin Piuh berkata pengurus restoran berkenaan menyedari dinding premis berkenaan diconteng kira-kira 8.30 pagi, lapor Harian metro.

“Semakan melalui rakaman CCTV mendapati dua individu disyaki melakukan perbuatan itu dengan menggunakan cat sembur namun imejnya kurang jelas.

“Polis giat mengesan suspek yang terbabit dalam kes ini dan sekiranya dikenali pasti, tindakan undang undang akan diambil,” katanya.

Menurut gambar yang tular di media sosial, selain “free Palestine”, perkataan “boikot” turut diconteng di dinding premis berkenaan.

Pengasas Berjaya Corp Bhd, Vincent Tan, baru-baru ini menggesa orang ramai berhenti memboikot Starbucks Malaysia kerana tindakan itu hanya menjejaskan rakyat tempatan yang bekerja di situ.

Taikun itu berkata, hampir 85% pekerja Starbucks Malaysia beragama Islam dan tiada warga asing diambil bekerja di ibu pejabat syarikat itu. – FMT

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top