STAR Sasar Tanding 5 Kerusi Pada PRU15

dr-jeffrey.jpg
Kongsi Bersama

PENAMPANG: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah menyasarkan untuk bertanding lima kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden STAR, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata, walaupun pada awalnya mereka bercadang untuk bertanding lapan kerusi tapi, selepas perbincangan mereka mungkin memperoleh lima kerusi.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara jelas kerusi mana akan ditandingi, namun beliau akan kekal bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Keningau.

Ditanya kemungkinan berlaku pertembungan dengan parti komponen lain, Jeffrey berkata, mungkin empat kerusi akan bertembung kerana terdapat lima hingga enam parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Ketua Menteri ini juga berharap agar lebih banyak kerusi diberikan kepada parti tempatan dalam komponen tersebut.

“Jika diberi peluang kalau boleh kita mahu bertanding dimana sahaja kerana ini pilihan raya. Tapi, kita juga faham bahawa ada parti komponen lain dalam PN dan kita mahu bekerjasama dengan mereka agar kita dapat memenangi kerusi yang kita tandingi,” katanya apabila ditanya mengenai kerusi yang STAR akan tandingi dalam PRU akan datang.

Menteri Pertanian dan Perikanan berkata demikian selepas melawat Sungai Tagal Kampung Rugading, Penampang, baru-baru ini.

Mengenai Undi 18, Ahli Parlimen Keningau merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan ini berkata, kelulusan membenarkan individu berusia 18 tahun untuk berdaftar secara automatik sebagai pemilih mungkin akan mengubah landskap politik tapi tidak pasti dari sudut apa.

“Tapi, ia akan memberi kesan signifikan. Saya rasa ada hampir 2 juta anak muda akan mengundi dalam kumpulan umur 18 hingga 21 tahun ini dan ia pasti akan membawa perbezaan.

“Diharap akan ada undi untuk kita (STAR),” ujarnya.

Mengulas jika ADUN Bebas atau pembangkang ingin menyertai STAR, Jeffrey berkata, banyak parti politik dan ADUN bebas datang untuk berbincang menawarkan kerjasama namun, tidak hairan kerana apabila menjelang pilihan raya, peluang sentiasa terbuka untuk sesiapa yang ingin cuba memasuki gelanggang politik. – Borneo Today

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top