STAR Sambut Baik Pindaan Perlembagaan Persekutuan

STAR.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyambut baik Pindaan Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan di Parlimen kelmarin.

Ketua Penerangan STAR, Jalumin Bayogoh berkata, parti itu juga amat menghargai Sidang Parlimen yang memberi giliran pertama kepada Presiden STAR, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan selaku Ahli Parlimen Keningau membahaskan pindaan tersebut.

Jalumin

“Pindaan tersebut yang menggantikan Fasal (2) Negeri-Negeri Persekutuan menunjukkan tuntutan kesaksamaan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia telah mencapai satu tahap kemajuan,” katanya.

Jalumin yang juga Timbalan Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD) menjelaskan, pindaan tersebut telah membuka jalan kepada usaha-usaha seterusnya dalam menuntut pindaan-pindaan yang lain.

Jalumin menegaskan, pindaan yang menempatkan Sabah dan Sarawak dalam senarai (b) Negeri-Negeri Borneo memberikan tafsiran bahawa Borneo merupakan rakan setara Tanah Melayu yang menyenarai 11 negeri di Semenanjung dalam senarai (a).

Menurut Jalumin, pindaan tersebut memberi implikasi yang besar ke atas pengagihan peruntukan pembangunan, kemakmuran dan kekayaan negara dengan melihat kepada asas kesetaraan di antara dua gugusan negeri, Malaya dan Borneo.

Jalumin mengajak rakyat negeri ini untuk memandang lebih ke hadapan dalam menentukan secara spesifik pindaan-pindaan seterusnya untuk merealisasi hak Sabah dan Sarawak berdasarkan hasrat para pemimpin dari Borneo ketika sama-sama membentuk Persekutuan Malaysia.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top