STAR Sabah mahu Pejuang tumpu di Semenanjung, biar Sabah ditadbir urus parti tempatan

Kenny-Chua.jpg

Datuk Kenny Chua (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah STAR mahu Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) menumpukan perhatian di Semenanjung dan menyerahkan tadbir urus Sabah kepada parti tempatan.

Naib presidennya Datuk Kenny Chua berkata rakyat Sabah telah menolak Pejuang dalam pilihan raya negeri sebelum ini.

“Sesetengah orang mungkin berhujah bahawa tidak ada perbezaan antara parti tempatan atau Semenanjung yang mentadbir (Sabah), tetapi apa yang boleh saya katakan ialah lihat Sarawak hari ini, betapa kuat dan progresif merekanya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Chua, rakyat Sabah telah belajar daripada pengalaman lalu dan kini mahu menuntut semula hak-hak mereka.

“Kami akan mencapainya dengan menguruskan hal ehwal kami sendiri tanpa sebarang campur tangan pihak luar,” katanya.

Chua berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai kesediaan Pejuang untuk bekerjasama dengan parti politik di Sabah, termasuk parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Walaupun saya menghargai hasrat Pejuang, mereka harus memberi tumpuan kepada objektif mereka di Semenanjung. Sabah berada di tangan parti tempatan yang berkemampuan mentadbirnya,” kata beliau.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top