STAR Minta Sabah Diberi Kuasa Penuh Keluarkan IC Sabah

dr-jeffrey.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah meminta Kerajaan Persekutuan memberi kuasa penuh kepada Kerajaan Sabah untuk mengeluarkan Kad Pengenalan Sabah (Sabah IC) dan seterusnya menyelesaikan isu warga asing.

Presiden STAR Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan yang juga ahli parlimen Keningau berkata terdapat desakan daripada rakyat Sabah supaya dikeluarkan IC Sabah, di samping membantu menyelesaikan isu warga asing di negeri itu.

“Kami mengharapkan sokongan penuh daripada kerajaan persekutuan serta kerjasama penuh daripada semua jabatan dan agensi berkaitan,” katanya dalam perbahasan di parlimen pada Rabu.

Jeffrey, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, menegaskan bahawa pendirian STAR terhadap warga asing ialah menghantar pendatang tanpa izin pulang ke negara asal mereka.

Sementara warga asing dalam beberapa kategori seperti pelarian perang, pendatang yang didokumentasikan yang meragukan dan generasi tanpa kerakyatan memerlukan pengumpulan data untuk mencari penyelesaian.

Dalam perbahasan itu, Jeffrey turut menyentuh beberapa isu membabitkan pemberian khas Persekutuan kepada Sabah, penambahan kerusi parlimen bagi Sabah dan Sarawak serta pelaksanaan projek satelit di bawah Sabah Maju Jaya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top