TELIPOK: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengagih-agihkan 500 bakul makanan kepada kalangan keluarga yang memerlukan sempena sambutan perayaan Krismas tahun ini.
Naib Presiden STAR, Kapitan Stephen Teo berkata, parti itu prihatin kepada golongan kurang bernasib baik dan ingin memastikan mereka mendapat perhatian.
“Suasana di Karambunai menjelang perayaan Krismas ini belum begitu pulih dari bencana banjir, kekurangan air dan kebakaran, justeru kita mengambil inisiatif untuk memberikan mereka kegembiraan,” katanya.
Stephen yang juga Ketua Bahagian STAR Karambunai berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan bakul makanan di pejabat parti itu di sini pada Rabu.
Sumbangan berkenaan diserahkan melalui ahli-ahli jawatankuasa bahagian untuk kemudian diagih-agihkan kepada keluarga yang memerlukan sebagai hadiah Krismas.
Sumber: Warta Oriental