STAR Kapayan Adakan Walkabout Sempena Tahun Baharu Cina

STAR-kepayan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bahagian Kapayan pada Sabtu mengadakan ‘walkabout’ sempena sambutan Tahun Baru Cina di sekitar rumah kedai Bandar Penampang Baru.

Dalam sesi walkabout itu, Penyelaras STAR Parlimen Penampang, Kenny Chua; Ketua Bahagian STAR Kapayan, Jafery Jomion bersama Ketua Bahagian STAR Moyog, Datuk Thomas Jimulis menyampaikan sumbangan ‘angpau’ dan limau mandarin kepada Tokong Fook Tet Kung Donggongon dan Ibu Pejabat Polis (IPD) Penampang.

Sumbangan itu adalah tanda semangat dalam Keluarga Malaysia.

Kenny dalam ucapannya berterima kasih kerana menganjurkan program berkenaan dan berharap ia dapat diteruskan di masa akan datang.

“Penganjuran program ini juga diharap memperkuatkan lagi kedudukan kedua-dua Bahagian sekali gus menawan Parlimen Penampang daripada Parti Warisan (Warisan),” katanya. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top