ST Anjur Seminar Keselamatan Elektrik Dan Gas Kepada Pengusaha Rumah Inap

seminat-ST1.jpg

Penyampaian sijil penghargaan kepada Penyelaras Homestay Ranau dan Kundasang yang turut menjayakan program ini.

Kongsi Bersama

RANAU : Sebagai langkah meningkatkan kesedaran keselamatan elektrik dan gas di kalangan pengusaha rumah inap (homestay).

Suruhanjaya Tenaga (ST) telah mengadakan Seminar Keselamatan Elektrik dan Gas di Walai Tokou Homestay Kundasang, Ranau, di sini pada Isnin.

Melalui seminar itu para peserta diberikan pendedahan mengenai langkah-langkah keselamatan elektrik dan gas yang perlu diambil, serta akta dan peraturan yang berkait dengan keselamatan elektrik dan gas.

Seminar tersebut dihadiri seramai 40 pengusaha rumah inap di sekitar Ranau.

Pengarah Kawasan ST Pantai Barat Sabah (STPBS), Jefrey Nuri berkata sebagai pengusaha rumah inap, keselamatan elektrik dan gas perlu ditekankan dan diberi perhatian serius bagi menjamin keselamatan pelancong yang datang ke kawasan berkenaan.

Beliau berkata melalui penganjuran seminar ini, tahap kesedaran mengenai keselamatan elektrik dan gas di kalangan pengusaha rumah inap diharap dapat ditingkatkan.

“Ini termasuklah memastikan pemasangan alat perlindungan Peranti Arus Baki (PAB) yang bersesuaian dan berkesan bagi melindungi orang ramai daripada renjatan elektrik sekiranya berlaku kebocoran arus atau litar pintas,” ujar beliau.

Jefrey turut mengingatkan pengusaha rumah inap serta pengguna secara amnya supaya sentiasa peka dengan aspek keselamatan elektrik dengan membeli kelengkapan elektrik yang mempunyai label SIRIM-ST.

Beliau turut menggesa tidak sesekali mengubahsuai kelengkapan elektrik yang rosak, elakkan daripada mengguna kelengkapan elektrik dalam keadaan basah, tidak menghampiri talian atas elektrik semasa menjalankan aktiviti memotong dahan pokok dan sebagainya.

Seminar itu juga adalah salah satu daripada inisiatif ST yang diadakan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan penggunaan elektrik dan gas secara selamat dan cekap.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top