SSK Zahirkan Ucapan Tahniah Kepada Ismail Sabri

ssk-ismail.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri yang baharu.

“Semoga beliau diberikan kekuatan untuk memimpin kita untuk mengatasi krisis pandemik, ekonomi dan politik negara secepat mungkin,” katanya dalam hantaran ringkas di Facebook.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO semalam dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, pelantikan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ismail Sabri, 61, yang sebelum ini timbalan perdana menteri dilantik ke jawatan itu berikutan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan perdana menteri pada 16 Ogos, setelah kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat. – Jesselton Times


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top