SSK Ucap Takziah Atas Pemergian Tun Sakaran

sakaran.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak merakamkan ucapan takziah atas pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Tun Sakaran Dandai awal hari ini.

“Sama-sama kita mendoakan semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh — Al-Fatihah,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Tun Sakaran mengembuskan nafas terakhir pada usia 91 tahun di Hospital Gleneagles pada kira-kira 6 pagi.

Pemergian Allahyarham disahkan anaknya Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Tun Sakaran pernah memegang jawatan Menteri semasa zaman pemerintahan USNO dan Menteri Persekutuan pada awal tahun 1990an.

Allahyarham juga pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-8 untuk suatu tempoh yang singkat pada tahun 1994 sebelum dilantik menjadi TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Kerusi ketua menteri yang dikosongkan Allahyarham diisi oleh Salleh dari 1994 hingga 1996.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top