SSK Turun Padang Tinjau Program Outreach Vaksinasi di DUN Usukan

ssk-vaksin-centre.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak (SSK) turun padang bagi meninjau Program Outreach Vaksinasi Covid-19 DUN Usukan.

Program itu diadakan di Sk Sembirai baru-baru ini.

Dianggarkan seramai 700 orang penduduk yang akan hadir untuk mendapatkan suntikan vaksin dalam program itu.

Sempena program vaksinasi itu, Salleh menzahirkan penghargaan dan syabas kepada kepada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.10 Usukan serta sukarelawan SSKC yang membantu melancarkan pelaksanaan program tersebut.

Program outreach tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk mempercepatkan program vaksinasi khususnya di kawasan luar bandar, sekali gus membantu menjayakan misi kerajaan Sabah untuk mencapai imuniti kelompok pada bulan Oktober tahun ini. – Jesselton Times


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top