SSK Turun Padang Pantau Program Vaksinasi Di SK Kuala Abai

ssk-3.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak hari ini turun padang bagi memantau proses pemberian vaksin sempena Program Mobilisasi Vaksin Komuniti untuk DUN Usukan di SK Kuala Abai.

Program pemberian vaksin itu antara lain bertujuan memastikan rakyat terlindung daripada jangkitan COVID-19.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata dianggarkan seramai 1,380 orang menyertai program vaksinasi itu.

“Syabas saya ucapkan kepada masyarakat DUN Usukan kerana menyokong program vaksinasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau perjalanan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti di SK Kuala Abai.

Salleh turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia atas usaha dan khidmat mereka yang tidak kenal penat lelah.

“Semoga semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Program itu merupakan anjuran bersama KKM dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Usukan serta dibantu oleh rakan SSK Centre.

Semalam, jumlah kes baharu Covid-19 bagi negeri Sabah melonjak naik ke angka 1,066 kes, catatan tertinggi tahun ini.

Kota Kinabalu mencatatkan jumlah kes baharu Covid-19 tertinggi dengan 206, diikuti Tawau (171 kes dan Beaufort dengan 87 kes.

Daerah Kota Belud pula merekodkan 23 kes baharu Covid-19.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top