SSK Tabur Khidmat Secara Maya Untuk Penduduk Usukan

ssk-2.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (SSL) yang sentiasa proaktif dan inovatif dalam gerak kerjanya memulakan satu lagi langkah menarik apabila melakukan kelainan dalam menabur khidmat kepada rakyat, khususnya di kawasan Dun Usukan yang diwakilinya.

Kali ini, beliau melancarkan sesi Pejabat Online SSK (secara maya) bersama masyarakat DUN Usukan bermula pada Jumaat.

Sesi itu antara lain bertujuan mendengar sendiri keluhan dan rungutan rakyat termasuk yang ada kaitan dengan pandemik Covid-19.

“Hari ini (Jumaat) saya mengadakan sesi Pejabat Online SSK bersama masyarakat DUN Usukan, Kota Belud.

“Seperti sedia maklum, arahan SOP terkini menjejas pergerakan saya ke kawasan,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Salleh berharap program itu sedikit sebanyak memberi peluang untuk bersemuka dengan masyarakat Usukan untuk memberikan pelbagai khidmat untuk rakyat, nasihat atau bantuan dalam menangani cabaran hidup.

“Kita gunakan pelantar teknologi sedia ada untuk membantu menjayakan sesi ini dan semoga usaha ini berkesan dan dapat berterusan,” katanya.

 

FOTO: FB Salleh Said Keruak


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top