SSK Sertai Program CSR Qhazanah Sabah Berhad di Tempasuk

SSK-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Di atas Keprihatinan dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Qhazanah Sabah Berhad (QSB) mengadakan Program CSR di kawasan Tempasuk hari ini.

Program CSR QSB itu diketuai Pengerusinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (SSK).

Turut hadir Pengarah Eksekutif QSB Haji Mohd Shukor Abdul Mumin dan Penolong Pegawai Daerah Kota Belud Peter Jiton.

Program CSR itu diadakan di Rumah Samutin Juat dan Hendry Manang masing-masing di Kampung Tempasuk 1 dan Tempasuk 2.

Program itu antara lain bertujuan membantu penghuni yang mendiami rumah usang dan daif.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top