SSK Sambut Baik Usaha Kerajaan Negeri Tangani Masalah Banjir Di Kota Belud

banjir.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak (SSK) menyambut baik usaha kerajaan negeri menangani masalah banjir di Kota Belud.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkara antara usaha kerajaan negeri untuk mengatasi masalah banjir di daerah itu ialah dengan menaik taraf jalan raya daripada bulatan Kota Belud hingga ke jambatan Sungai Gurong-Gurong.

Katanya turut dinaiktaraf ialah jalan yang membabitkan laluan menuju ke Pekan Kota Belud.

“Harapan saya dengan usaha yang dilakukan kerajaan ini dapat membantu mengatasi permasalahan banjir yang sering berlaku di Kawasan ini,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Selain daerah Beaufort dan Penampang, daerah Kota Belud sering dilanda banjir setiap kali berlaku hujan lebat.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top