SSK Sambut Baik Pengumuman PM Benarkan Pengeluaran KWSP

SSK.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: ADUN Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (SSK) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membenarkan pengeluaran RM10,000 daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Menyifatkan langkah itu sebagai tepat pada masanya, Salleh yang juga Pengerusi Kelab Backbenchers Gabungan Rakyat Sabah berharap para pencarum KWSP memanfaatkan pengeluaran tersebut.

“Meskipun kita sudah masuk fasa endemik Covid-19, namun masih ramai yang memerlukan dan pengeluaran KWSP adalah salah satu caranya.

“Namun, marilah kita sama-sama manfaatkan pengeluaran tersebut dan semoga ia dapat membantu masyarakat yang sedang bangkit daripada kesan Covid-19,” kata bekas Ketua Menteri Sabah itu dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Sebelum itu, Perdana Menteri mengumumkan kebenaran pengeluaran khas sebanyak RM10,000 daripada simpanan KWSP.

Perincian mengenai pengeluaran simpanan terbabit akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top