SSK Rakam Penghargaan Kepada Jentera, Pengundi Usukan

salleh.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Adun Usukan, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said (SSK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pengundi di N10 Usukan kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk mewakili mereka.

Dalam ucapan yang dipaparkan di akaun Facebooknya, Salleh turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua jentera Barisan Nasional dan Pakatan Nasional yang sama-sama bekerja keras siang dan malam untuk memastikan kemenangan milik Barisan Nasional di Usukan.

Beliau yang turun ke medan PRN Sabah atas tiket BN dan dengan slogan ‘Bakti Untuk Usukan’ berjaya memenangi kerusi DUN tersebut dengan majoriti 4298 undi.

Salleh mendapat 8380 undi, mengalahkan dua calon lain, Abdul Bakhrin Mohd Yusof (WARISAN) yang mendapat 3982 undi dan Datu Mohd Nazaruddin 13 Datu Tiga Belas (PCS) yang memperoleh 421 undi.

Foto: FB SSK

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top