SSK Pandang Serius Semua Luahan Rakyat Usukan

ssk-3.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak (SSK) sentiasa memandang serius semua luahan dan aduan yang disampaikan oleh rakyat.

“Saya mengambil perhatian setiap aduan yang dikongsikan.

“Sebagai wakil yang dipilih oleh pengundi khasnya di Usukan, pembangunan dan kesejahteraan Usukan pastinya menjadi keutamaan saya,” katanya dalam kenyataan di laman sosial medianya di sini hari ini.

Salleh turut meluangkan masa bertemu dan beramah mesra bersama masyarakat DUN Usukan di Klinik Khidmat Masyarakat Kawasan Usukan pada Rabu.

Menurut Salleh, khidmat beliau akan sentiasa diutamakan demi Usukan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.

“Mendengar luahan mereka, saya mengarahkan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Usukan, Amran Disah untuk mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan semua permasalahan masyarakat.

“Kerana saya dipilih oleh mereka, maka dengan ini saya akan terus berbakti untuk mereka, untuk Usukan,” ujar beliau.-BNN

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top