SSK Lawat Kg Lahanas Sokid Dan Lahanas Shiba

SSK.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Pengerusi Kelab Backbenchechers Gabungan Rakyat Sabah Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak (SSK) baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke Kampung Lahanas Sokid dan Lahanas Shiba, di sini.

Dalam kunjungan itu, beliau, yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah, sempat meninjau kampung berkenaan sambil beramah mesra bersama para penduduk.

‘Dalam lawatan di Kg Lahanas Sokid, ramai penduduk menyuarakan kepada saya hasrat untuk menghidupkan semula eko pelancongan di kampung mereka,” kata SSK dalam catatannya di Facebook.

Mereka juga, katanya, memohon bantuan ekonomi untuk tujuan pertanian.

“Di Kg Lahanas Shiba pula penduduk-penduduknya memohon untuk membuat bangunan gereja, manakala para belia memohon supaya disediakan tempat yang membolehkan mereka menjalani kursus kemahiran,” catat beliau.

Menutup catatannya SSK berkata beliau sentiasa memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi setempat dan mencari kaedah bagaimana membantu penduduk kampung.

 

Foto: FB Salleh Said Keruak


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top