SSK Dilantik Pengarah Pilihan Raya BN Sabah

SSK-4.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Adun Usukan, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak (SSK) dilantik sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) Sabah untuk pilihan raya akan datang.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam sidang media selepas mesyuarat badan perhubungan UMNO negeri di sini, semalam.

Dalam sidang media itu Bung berkata, UMNO mengalu-alukan kepulangan Salleh yang merupakan bekas bendahari agung parti itu, dan beberapa pemimpin lain ke pangkuan parti tersebut,

Antara mereka ialah ketua Umno Bahagian Papar, Datuk Abdul Rahim Ismail.

Turut kembali ke pangkuan UMNO ialah Datuk James Ratib, Datuk Bolkiah Ismail dan Jamawi Jaafar, yang meninggalkan parti itu untuk menyertai Warisan sebelum ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top