Srikandi Sabah Kenal Pasti Empat Calon Berpotensi Untuk PRU15

azizah-DUN.jpg

Azizah (kiri) semasa sidang media.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Srikandi Pergerakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah telah mengenal pasti empat wanita sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum ke-15 akan datang.

Ketuanya, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun, berkata pergerakan itu akan mengemukakan cadangannya kepada kepimpinan Bersatu Sabah untuk dipertimbangkan.

Empat wanita itu, katanya, telah dikenal pasti sebagai calon yang sesuai untuk kerusi di kawasan pedalaman, pantai utara dan timur Sabah.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan dengan ahli Srikandi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini, semalam, Azizah berkata, mereka yang dikenal pasti adalah penduduk kawasan pilihan raya, yang bergiat aktif di kawasan masing-masing, mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya diploma dan terdedah kepada politik dan kerja masyarakat.

Ini kerana sebagai ahli wakil rakyat, merekalah yang akan membawa suara rakyat Sabah khususnya wanita ke peringkat nasional, kata Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort.

“Kami akan memaklumkan kepada kepimpinan parti tentang calon-calon berpotensi kami dan kami juga ingin dirujuk berhubung pemilihan calon parti kerana kami mahu memastikan mereka telah bekerja keras di kawasan masing-masing’” katanya.

Mengenai sama ada beliau akan mempertahankan kerusinya, Azizah berkata walaupun beliau tidak dipilih untuk mempertahankan kerusi itu, beliau akan bersama jentera demi mengekalkannya untuk Srikandi.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top